Aromaterapi ialah sejenis perawatan atau penjagaan kesihataan menggunakan minyak pati/esen asli dalam pelbagai jenis aplikasi. Minyak-minyak esen ini diekstraksi dari bahagian-bahagian tumbuh-tumbuhan seperti bunga, daun, atau bahagian-bahagian lain tumbuh-tumbuhan.
Minyak ‘atar’ yang dipakai oleh kaum lelaki apabila pergi ke masjid ialah sejenis aplikasi aromaterapi. Minyak-minyak rambut samada dari India dan Indonesia menggunakan minyak-minyak esen seperti kenanga dan jasmin. Orang-orang kampung menggunakan bunga-bungaan wangi seperti cempaka dan melur untuk mewangikan rambut dengan menyelitkan bunga-bunga tersebut dengan sanggul.
Buku tulisan herbalis profesional bertaraf dunia, Bahrain RH (AHG) ini ialah buku pertama dalam tema aromaterapi di Malaysia. Ia membincangkan pelbagai jenis minyak esen asli, pelbagai jenis penyediaan untuk pelbagai aplikasi, teknik-teknik mengurut samada untuk mengurut diri sendiri atau untuk suami/isteri atau rakan.
Antara kandungan menarik:
☺ Pengenalan aromaterapi
☺ Pelbagai jenis minyak esen dan sifat-sifatnya
☺ Kaedah mencairkan dan mengadun minyak esen
☺ Aplikasi Minyak pati/esen termasuk untuk urutan aromaterapi, mandian tubuh, kegunaan bayi, penjagaan kulit dan rambut, merawat gigitan serangga dan pelbagai kegunaan lain
Diterbitkan oleh ALAF21 (2008). Harga 19.90 senaskah
Sinopsis dan beli online: Mall.karangkraf.com
Bahrain, RH (AHG)
http://www.variasiaromaterapi.blogspot.com/